nuffnang

suri dalisa

suri dalisa
Memaparkan catatan dengan label sharing2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sharing2. Papar semua catatan

Mac 16, 2010

subsidi petrol

sharing2 entry:

Maklumat sistem subsidi petrol yang bakal dilaksanakan 1 Mei 2010

+ Mekanisma subsidi petrol akan diumum pada Mac 2010.
+ Beli petrol pada harga subsidi dengan menggunakan Mykad. Pemilik kenderaan berdaftar hanya dapat subsidi untuk satu kenderaan sahaja.
+ Sistem ini akan diuruskan oleh Maybank
+ Ujian mekanisma ini akan dijalankan pada hujung Mac atau April
+ Pemilik kenderaan hanya dapat subsidi 200 ke 300 liter sebulan bergantung pada kapasiti enjin
+ Enjin kenderaan 2000 cc ke atas tiada subsidi
+ Kenderaan milik syarikat tiada subsidi
+ Bila subsidi habis digunakan untuk sebulan, pemilik kenderaan beli petrol pada harga tanpa subsidi iaiti RM 2.10 seliter untuk RON95.
+ Harga RON95 bersubsidi mungkin akan naik pada RM 1.90 seliter.
+ Harga RON97 tanpa subsidi mungkin naik pada RM 2.50 seliter.

taktik2 disyorkan..

- Jika ada lebih dari satu kenderaan, tukar milik kenderaan pada nama isteri, anak-anak dan lain-lain, supaya setiap kenderaan dapat subsidi.
- Sesiapa yang beli kereta belum tukar nama uruskan tukar nama segera untuk dapatkan subsidi.
- Kalau ingin tukar kereta , guna kereta cc rendah atau guna motosikal.
- Desak majikan atau kerajaan menaikkan tuntutan elaun petrol untuk tugas rasmi, kerana subsidi petrol sebulan 200 ke 300 liter hanya untuk kegunaan peribadi.
- Pastikan cip pada Mykad berfungsi.

p/s: ku terbaca di http://rjuna.net/

Mac 15, 2010

7 ayat cinta..

nak sharing2:

7 ayat cinta menurut sabda Rasulullah S.A.W

 Sabda Rasulullah SAW:

"barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh ALLAH S.W.T dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan
  1. BISMILLAHHIR-RAHMANNIRAHIM - pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu
  2. ALHAMDULILLAH - pada tiap-taip habis melakukan sesuatu
  3. ASTAGHFIRRULLAH - Jika tersilap mengatak sesuatu yang buruk
  4. INSYA ALLAH- Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang
  5. LAHAULAWALAQUATAILLABILLAH - Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk
  6. INNALILLAH - jika menghadapi musibah atau melihat kematian
  7. LAAILAAHAILLALLAH - bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, amalkan selalu moga-moga kita tergolong di kalangan orang yang terpilih oleh Allah S.W.T.
p/s: Amalkan dan semoga jiwa anda lebih damai....

entri terbaik mamasuri