nuffnang

suri dalisa

suri dalisa

Julai 15, 2010

besar gabak menyusahkan




HOUSTON: Seorang model yang memiliki payu dara terbesar di dunia kini tenat selepas menjalani pembedahan untuk membesarkan lagi buah dadanya.
Sheyla Hershey, 30, dari Brazil, menjalani pembedahan itu walaupun sudah memiliki payu dara saiz 38KKK.
Sheyla yang tinggal di Houston, Texas menghadapi masalah sukar bernafas dan terlantar di katil selepas pembedahan berkenaan.
Dia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan semalam untuk mengatasi masalah itu. Doktor dijangka terpaksa membuang implannya dan kemungkinan membuang payu dara aslinya sekali.
Sebelum pembedahan terbaru itu, Sheyla yang fasih dalam lima bahasa — Portugis, Sepanyol, Itali, China dan Inggeris berkata: Saya demam teruk dan pembedahan (bulan lalu) itu begitu menyakitkan. ‘Saya tidak boleh bernafas. Sepanjang hari saya terlantar di katil, tidak boleh bangun.” Sheyla dijangkiti bakteria selepas pembedahan bulan lalu yang kemudian merebak ke kedua-dua payu daranya.
Dia sebelum ini menjalani 30 pembedahan dengan kos £40,000 (RM200,000) sebelum memperoleh payu dara yang amat besar.
Menurut Sheyla, pakar bedah bimbang jangkitan itu merebak ke saluran darah, sekali gus membahayakan nyawanya.
Buah dadanya diakui yang terbesar di dunia oleh Buku Rekod Brazil yang setaraf dengan Buku Rekod Dunia Guinness.

p/s: apalah..aku kalu leh nak lah aset ni comel kecik je..ini besar gabak dah menyusahkan diri...buang duit je..

2 ulasan:

  1. gilerrrr...
    klu sy lg nk kecik2...biar comeyyy je..
    skrg pon dh rasa besar...

    BalasPadam
  2. bodoh kan...ni name nye takde penyakit cari penyakit hihihihihi

    BalasPadam

entri terbaik mamasuri