nuffnang

suri dalisa

suri dalisa

Ogos 31, 2010

kek batik aku...



oh..ini adalah kek batik aku sempat bt di bulan ramadhan ni..
nak buat kek yang bakar2 tu tak dptlah
sbb oven tak beli lagi...
kira kek batik ni pun digolongkan kek gak kan...hehehe
selalu resipi aku simple2 je..
tp kali ni aku pinjam resipi kak ummi..
thanks kak ummi
memang sedap...

p/s: nak detail resipi klik je kat kak ummi blog...

Ogos 30, 2010

skodeng time


ni aktiviti suri kalu di rumah...
malam2 pun buat...


tengah pose cantik atas kerusi pinky dia....
perut tu abaikan yek..kain2 pun abaikan..biasalah background...hehehe


korang agak2 suri sesaja je dok kat tingkap tu
sory sikit yek..sume benda yang suri bt ada maknanya..
otak suri lagi ligat memerah otak dr kte..


inilah yang cik suri dok tengok kat tingkap
dengan erti kata lain..skodeng
suri skodeng makngah dia...
makngah bt pe tu...

p/s: puas2 skodeng senyap2..suri akan menjerit pulak panggil makngah n uci dia..
p/s: setakat ni port suri adalah di dalam bilik n di dapur..tempat lain myb tak perasan lagi kot...hahaha
p/s: buat makngah..bersopan lah anda di dalam bilik..susah2 tutup je langsir tu..ni dah bagi warning yek...hahaha
p/s: tak lupa nak ucapkan 'selamat hari merdeka'...utk yang dahkawen cam aku.dok rumah je lah kalu mlm2 merdeka ni..bertemankan mercun2 ...huhuhu


bermanik je keje


start awal ramadhan sampailah dah tengah2 ramadhan ni..
aku abiskan lunch hour aku kat ofis dengan bermanik je..
nak soping...tapi aku dah settle soping2 ni sebelum posa lagi..
kebetulan papa den dpt payment job freelance dia..
so finish dah bab soping2..
uhuk2..hati ingin soping lagi..tp apakah daya...


inilah keje aku ....
bertemankan miss dana yang bermanik utk client2 nyer..
aku bermanik utk diri aku je...


ermm...light pink flower...
untuk baju tuannyer sendiri..aku gunakan manik yang sedia ada je..
kalu yg 'client' punyer barulah sibuk membeli manik...
hehehe

p/s: seronok bermanik...bt aku lupa tentang masalah dunia aku...
p/s: bermanik di rumah adalah berperang dengan cik suri je...dia pun sibuk nak bermanik gak..

Ogos 29, 2010

breakfast cik suri


walaupun bulan posa..
pagi2 confirm bangun utk siapkan breakfast cik suri
semalam (sabtu) cik suri breakfast simple2 je..
meh tgk..


ho ho ho..
lama dah cik suri tak duduk tempat makan dia ni
rasanya dah cam tak muat dah..


breakfast of the day..
grape nutrigen + roti celup telur..
simple kan...

p/s: abis gak dlm 2 keping roti ...suka benor suri ni...

Ogos 27, 2010

wajib ada....

selalu2..hujung2 minggu je aku buat nie..
tapi sekarang..kira selang 3 hari kena buat dah...
apa dia ni emy????


inilah dia...
eh dok dalam balang kuih raya..
kuih raya ke???


taklahhhhhhhhh
ini adalah lada kering yang telah diblender...
ini stok utk 3-4 hari je ni...
korang pun mesti ada jugak stok ni kan..

p/s: senang kalu ptg2 nak masak..
p/s: senang kalu papa den nak masak pe2..hehheheh

menu berbuka : baru plan dr ofis je...


okeylah..apa2 nak buat kena lah ada plan kan..
so sepanjang posa ni..aku akan plan apa aku nak masak..
if ada rintangan eg: jem ke..penat sgt ke..etc
baru lah tukar plan memasak ke membeli belah di bazar ramadhan..
okey kan???

so hari ni planning nyer nak bt kembung masak kunyit + daging goreng + ikan goreng + kek batik..
tapiiiiiiiiiiiiii...kek batik tu tak confirm sangat2 coz aku ni miss PEMALAS...hehehe
insyaallah...

p/s: aku balik awal hari ni...itu pasai ai semangat nak masak ni...hahahahha

papa den masak tauuuu


okeylah..
kalu time-time gini...
adalah baik nyer aku menayang menu berbuka semalam
kasi korang idea skit
tp utk orang yg suka masak yang simple2 je
dengan ertikata lain MALAS


ikan goreng dua ekor
daging masak merah


kasi close up skit..
daging ni dimasak oleh papa den yek..
aku suka sgt bila papa den masak
tak tau naper...

p/s: simple je lauk kan..tp cukuplah utk berbuka...
p/s: lieya, umah aku masak mesti kurang sayur coz aku tak mkn sayur...hehehehe

Ogos 26, 2010

pose baru suri bila bergambar....


anak dara aku ni..
kalu bab bergambar leh lah bg award kat dia
pantang aku cakap nak ambik gambar je
mcm2 pesen dia buat..
meh layan..


abaikan background gambar ni...
tengok aksi suri ni...
aku tak tau nak bagi tau pesen pe ni ..


n lagi...perut tu..kussssssss semangat..
tak tengok peha lagi ni..


tetiba ambik teddy bear dia lak..
mengada2 kan..hehehe

p/s: doh makin beso panjang anak dara aku ni...hehehe

tq coz bagi 500


thanks to our pm yek..
coz bagi duit raya kat mama..
duit tu tak sure nak bt pe lagi..
tapi nak wat tambah2 balik kg ler...

orite..thn ni turn pakcik den yek..
so mama n suri akan berangkat ke kelate lahhhhh
oh harap thn ni akan lebih best beraya di kelate..
walaupun aku lagi suka beraya di kg aku sendiri..hehehe
(ayat pujuk diri sendiri)

cam biasa..raya kelate tak g mana..
kelate kalu hari raya adalah pack ngan kete2..
berjem2 lah kalu nak ke kota bharu..
tp hati kitorang tidak ke kota bharu/raya..
tp hati ktorang akan berada di pulau pada 24hb nnti..
itu yang kitorang tunggu2...
cuti2 mesia ke??hehehe...tunggu..

p/s: pulau mana yg best yek...hehehe...


Ogos 24, 2010

sayur lemak kacang


yes yes yes...
tadi lunch hour..aku dah lari g beli lauk utk berbuka petang ni
boring lah asyik beli je
hari ni nak masak gak..xkira lah jem ke hujan ke...

tadi beli kacang panjang..
so plan nak masak sayur lemak kacang+goreng ikan+sambal belacan
harap2 menjadi lah plan nak memasak...

(gambo dr cik googles..tapi petai tarak)

p/s: ada beli sotong tadi...leh ke tambah lauk sambal sotong skit..terliur lak aku...hehehe

menu berbuka semalam...beli lah wei


jamu mata skit yek..
taulah nak masuk lunch hour..
ini menu berbuka semalam..
pari bakar 2 ketul
ayam kurma seketul
donut 2 ketul
apam 2 ketul
mee kari (standby utk malam..kononnya)

p/s: makin hari makin rajin lak aku membeli...masak memang tak lah..
p/s: semakin hari semakin jem jalan2 di kl..rasa nak naik lrt je..sabor jelah

Ogos 23, 2010

oh ptptn


aku rasa sesapa yang satu geng ngan aku..
masa blaja dulu ambik ptptn..mesti tgh pening kan..
eh.. eh...pening sbb tak bayar...
pada yang bayar...tahniah aku ucapkan..

iye2 tau..itu sume hutang akan aku settlekan sikit demi sikit
hehehe..tentu lama2 jadi bukit kan (ayat sedap hati)
so tekad hati nak byr lah bulan2...busuk2 pun rm100...boleh???

p/s: baru terima surat cinta dr ptptn...
p/s: bila najib nak umum bonus ni???tak sabar makkkkkkkkk....hahaha..mcm iye2 je ada...

Ogos 22, 2010

aya goreng pedas....


hari ni aku still mood tak posa (paham ke?bt2 paham ye)
so lunch tadi siap buat mee hoon goreng...utk suri n mamanyer...hehhe
kenyang...
then tadi tidokan suri..terus aku pun tido sekali..
lupa lak ada sorang lagi dlm umah yang tgh berposa...
papa den...
uhuk2 ...bgn tido dengar papa den dok mengoreng..
rupanya papa den bt ikan aya masak pedas...
masyukkkkkkkkkkkk
sedap tau...
gambar?tak snap lah..nampak sangat aku ni pemalas kan...
so sahur nnti papa den cakap dia nak masak sendiri..
selamat aku...hahahaha

p/s: kalu hari2 papa den rajin kan best...ahaks...

Ogos 21, 2010

dugaan posa ngan suri


salam..senyap sunyi lak blog aku yek..walaupun sehari...
aku sebenarnya tgh mengalami penyakit ni...
penyakit paling kronik dlm idup aku
tau penyakit pe???
penyakit M A L A S
hahahha..korang ada tak penyakit ni???
lieya ada gak penyakit ni kan...hahaha


bila jadi mama pada seorang budak nama suri ni..
aku adalah rasa dugaan betul bulan posa ni
ho ho ho...


dugaan nak suap nasi bila time makan suri ni
aduiiii...boleh lak aku terliur
dah tua bangka pun stil terliur


walaupun nasi ngan kicap ngan telur goreng..
harus terliur bila time posa ni..
tapi bila berbuka..dah tak main dah lauk kicap n telur goreng ni
apa barang wei lauk gni ...hahhahah

p/s: baju raya dah siap...tgh terpikir patern pe nak jahit manik ni...

Ogos 20, 2010

aktivit malam2 suri

ok ok..
ini adalah aktviti malam2 suri kat umah
aktivitinyer ialah main badminton
ala...main badminton olok2 je


inilah aksi si comel suri


penuh dengan gaya, mutu dan keunggulan...hehehe


tapi tak pernah kena pun bola..
action je lebih


see..gaya je lebih...
hehehe

p/s: abaikan background gambar ni...siap drypers tu pun interprame..hehhe

Ogos 19, 2010

RM2.00 untuk berbuka


naper susah payah nak p makan buffet hotel2 beso..
belum tentu bersih halal nyer kan..hehehe
apa kata kite berbuka dengan rm2 je...
ada berani???hehehe


SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.
Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.
Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.
Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.

Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.


"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.
Restoran ini menggunakan konsep layan diri.

(anak sapo lah rajin basuh pinggan ni?)

"Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.
Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.
"Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.
"Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.
"Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.
Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.
Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.
"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.
 "Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.
Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.

"Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.

"Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya.
Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.
"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.

"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama," katanya.
Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.
Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.
"Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu.
"Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.
Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.
Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.
Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.
"Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga.
"Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya.

tanda2 kematian

ada orang email ke mail box aku..

Petikan Kursus Penyelengaraan Jenazah oleh Ustaz Abdullah Mahmud KAGAT

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta'ala tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah Subhanahu wa ta'ala. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah Subhanahu wa ta'ala.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

1. Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah Subhanahu wa ta'ala kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimana pun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

2. Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah Subhanahu wa ta'ala. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

3.Tanda 7 hari sebelum kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

4. Tanda 3 hari sebelum kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

5. Tanda 1 hari sebelum kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah Subhanahu wa ta'ala yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa ta'ala semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah Subhanahu wa ta'ala mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah Subhanahu wa ta'ala yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah Subhanahu wa ta'ala semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah Subhanahu wa ta'ala serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah Subhanahu wa ta'ala samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah Subhanahu wa ta'ala dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri

p/s: oh insaf aku ...

Ogos 18, 2010

tekak mengada2...


oh tetiba je...
tekak dan perasaan ingin makan nasi goreng kampung pedas2...
takmo letak ayam..
nak letak ikanbilis, telur n cili api je...
nyummm2

p/s: inilah menu berbuka aku nnti...jawapan adalah muktamad...hahaha

Ogos 17, 2010

simple bunga2 shaza untuk raya

salam...
oh bermanik lagi mama ni rupanya yek...
oh aku dpt first time tempahan dari cikgu ina untuk anak daranya, shaza
harap cikgu ina suka yek..


p/s: harap cikgu ina suka ..

alhamdulillah..sudah sehat...self confidence



oh..aku sudah sehat hari ni..
walaupun tak bangun sahur...
still posa..


tudung syria ni dah lama beli...
tapi tak pernah pakai..
self confident kurang itu pasai susah benor nak pakai..
tp hari ni..walaupun lambat g keje..
aku try gak pakai..
akhirnya berjaya gak..

p/s: tahniah emy...hehehhe...akhir self confident ko kuar gak...ahahahhaah

Ogos 16, 2010

tidak sehat..

aku adalah tidak sehat hari ni...huhuhu
lepas berbuka semalam..
itupun sikit je makan..
aku terus rasa seram sejuk je tubuh ni..
dahler badan sakit2..
terus malam tu aku berselimut je..
demam....

tido semalam terus sampai ke pagi..
sahur ntah ke mana..
xdpt nak pikir lagi..
papa den pun panik kalu aku ni demam2...
sikit2 demam je aku ni kadang nya..
tapi pasti melarat..
siap2 cakap..takyah posa...nnti melarat...

itulah...hati nak posa..tp bl pk aku ni cepat sgt kena penyakit nyer..
aku tak posa lah..
nak makan ubat...

p/s: aku ni takde penyakit kronik..tp aku ni ada tonsil tahap kritikal...pernah kena tonsil..idung tak berhenti berdarah...demam sampai 40'c...telinga tak leh dengar...cakap pun sengau...last2 muntah darah seketul..
p/s: itu kalu demam skit dah siap2 panadol je sebelah..sbb makan antibiotik buat tempereature badan aku naik ...


p/s: thanks chand..tlg aku belikan ni..bt alas perut aku...leh aku makan ubat aku...

Ogos 15, 2010

peel aku time posa


(credit picas dari sensasi selebriti)

aku kalau time2 posa gni..
mesti peel nak tgk tv petang..
iyelah..sementara nak tunggu berbuka kan..
thn ni aku dok hadap citer Epilog Syurga Cinta..
layan weh..

p/s: thn 2008 aku layan citer Duranni..
p/s: thn 2009..lupa lak tajuk..ala budak mat saleh yg posa kt kg tu..
p/s: thn 2010..layan syurga cinta lak..mmg syurgaaaaaa...hehehe
p/s: tak puas tgk muka si fida ni..lawo..ayu...lemah lembut gitu..auwwwww

Ogos 14, 2010

tomyam kureng kickkkkkkkkk


oh simple je menu berbuka kami sekeluarga..(3 orang je..cam ramai je bunyi)
tomyam ngan ayam goreng n ribena ais..
walaupun tomyam aku ni kurang kick (kata2 oleh papa den)
tp pueh hati gak..

p/s: paste tomyam mana yg leh wat kick yek??aku guna maggi je ni..

kutu express



oh..sikit je kan kutu2 kitorang..
actually ini adalah kutu express or kutu selingan tahunan yang aku buat..
sesaja..daripada duit abis ke lain kan...hehehe
satu bulan cabut 2 nama
satu bulan rm60
kira satu kepala rm30 je...
duration pun setengah tahun je..express kan..

p/s: mula nya budak ofis cam takmo join..bila aku bukak je..ramai lak nak join..iyelah rm30 je..ambik dua nama rm60..dapat gak 360...sapa nak bg kan bulan tu...hehehe
p/s: aku dpt bulan ni..tapi rm180...nak beli pe yek...
p/s: actually dah ada running nyer kutu dah...ada 3 4 orang buat kutu dah..tp start awal thn lah..aku buat ni utk selingan je..



Ogos 13, 2010

abg trafik !!!!!!!!!!!


oklah..hari ni hari ketiga posa kan..
perut aku still x kempis2 pun..
niat di hati..posa sebulan ni nak kempiskan perut..
hahahaha...ada hati gak yek aku nak kurus..

pasal aku down tu..
ho ho ho..memang aku down giler
aku down coz semalam tension ++ sakit badan+++letih...
mau tak...aku balik keje kul 4.30 petang kannnn
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
aku kuar dari gate JUPEM ni betul2 kul 5 ptg
adoi..leh lah sangkut jem dpn gate JUPEM..
sib baik posa kalu tak aku dah standby roti gardenia..ahaks
halo2 abg2 trafik..naper uolss lambat dtg jalankan tugas kat traffic light dpn tu..
bila kete dah lintang pukang.....hon2 bagai..
baru ko hengeh2 nak dtg yek.
adoi..spoil angin nak bercanda2 utk buka puasa di umah tau..


aku sampai umah betul2 kul 5.30 ptg...
satu jam tau..sapa x angin
hari first day posa..aku sampai umah 4.55 ptg..
ko bayangkan sejam aku dok berjem2...
mau tak spoil mood aku...
mau tak mengamuk aku
mau tak beremosional nyer aku

tp takpe...ptg karang aku nak try jalan lain lak blk umah
tak larat aku nak tunggu abg traffic dah...

p/s: abg2 traffic posa tak??tengok cam lenggang kangkung je semalam..pastulak gelak2 semacam je..happy semacam je..-ini ayat sakit hati yek...



little bit down



ok ok ok...
aku rasa aku ada down skit bila hari kedua posa..
x tau naper..
nak2 lak berbuka berdua je ngan papa den..
rasa takde mood nak berbuka..

oh naper lah aku berperasaan begini yek..
emosional je semacam..

p/s: nak period kot..dah lebih due period dah ni..
p/s:mybe papa den kena beli baju raya utk aku kot..baru ada feel nak posa pastu raya...ahaks...

Ogos 12, 2010

putaran padu kasi mengantuk

salam sume...
camner sahur tadi ok???
semalam lepas berbuka...kepala aku pening je..
kul 9 gitu aku dah g overseas (tido)
hehehe..
kul 4 bangun..siap2 utk sahur..terus takleh tido dah..
citer pasal overseas (tido)
cik suri ni kalu nak tido..
dia akan putar/getel2 rambut dia..
meh layan..


nk tido kena lah minum susu..
tapi ada perasan tak mana tangan suri tu??


hehehe..
peel betul anak dara ni..
ada je karenah dia..
jari tu dah bt putaran padu dah tu..
makin lentok makin laju jari jemari suri tu


kasi dekat skit gambar ...
so bila suri dah putar2 rambut...
itu isyarat mau tido lah...
senang kan...leh bg hint2 gitu..

p/s: dah besar dah suri...hujung bulan ni cukup mama papa 3 thn bersama...hadiah apa nak bg yek utk anniversarry nnti..

Ogos 11, 2010

menu berbuka


budget2..
cos dah beli ayam kan..
nak wat masak lemak ayam cili api
kasi pedas skit...
pastu goreng sayur sawi + cendawan
n abiskan ikan dlm peti sejuk..yang ada 2 ketul itu...hehehe
pastu g jalan2 cari makan kat bazar ramadhan kat meranti
nafsu tengah berbuak2 ni..hehehe

p/s: plan je baru ni..kalu jadi..nnti upload gambo yek..selamat berbuka sume...

sahur aku yang kelakar


korang tau..
pepagi sahur aku dah weng2 dah..
bukan tak bangun sahur yek..
tapi ada alkisah skt..citer lucu..

dalam kul 10pm aku dah settle bt keje umah
lepas tu aku landing time atas katil sesambil bt blog walking..
kul 11 aku n cik suri dah siap2 nak tido..
cek hp..dah set waktu sahur kul 4.30 pagi..(ngan bangganya..coz nasi tak masak lagi..lauk pun tak bt lagi)
pastu tido dengan nyenyaknya..(hari sebelum cik suri tak sehat..asyik berjaga malam)
kul 4.15pg (jam kt hp)..ada missed call dari Angah..
naper lak minah ni missed call aku kul 4.15..kan dah cakap kul 5pg
bt tak layan lagi..baring kejap..pastu tetiba tergerak hati..bangun masak nasi lah dulu...
pastu terus bangun...masak nasi..satu pot je..
pastu tu kuarkan ikan..
angah missed call lagi..
eh minah ni belum kul 5 ni..janji kul 5 baru missed call aku..
duduk jap kat depan tv sambil2 tekan remote astro nak on tv
eh..naper lak jam kat astro ni kul 5.10 dah
cek ngan hp papa den..cek jam dlm umah ..cek dengan jam lappy lagi
iyelah..5.15..mak aiii..baru je masak nasi ..
sempat ke nak makan????ho ho ho

rupa2nya jam aku lambat setengah jam..
ini gara2 aku offkan hp dua hari (blk kg hari tu lupa bwak balik charger hp)
sib baik sempat bagi papa den makan sume..ngam2 siap2 makan masuk waktu imsak..
itulah citer sahur aku utk hari ni..utk hari2 yang akan datang harap2 takde...

p/s: pengajaran buat aku..malam sebelum tido better masak nasi n masak lauk dulu..at least pepagi tak kelam kelibut kan..

ke kebun jugak akhirnya

akhirnya..
kami ke kebun nenek aku jugak
iyelah..dah bebel2 abah aku suruh balikkontan makan durian..
kira aku sefamily je lah yg belum balik makan...
meh layan..


inilah jip yg membawa kami ke kebun..
jauh wei..nak terburai isi perut..


ini sume durian yang gugur pagi hari tu
abah dah pack2 letak dalam kotak
satu kotak utk aku
satu kotak utk uci suri
n satu kotak utk mummy n daddy suri kat temerloh


papa den yg kempunan nak makan manggis
tau naper?papa den lah beriya2 kait buah manggis
sekali ma aku lupa letak dlm bonet..
kempunan lah..hehehehe.
xdelah..nnti kte g beli je yek nnti.


lepas dah kait manggis..kaitlah pulak rambutan..
dapatlah seplastik besar
bt bagi2 skit2 sorang..


budak comel ni dah mandi yek pagi
tapi kena pakai baju tido coz mama dia tak bawak balik baju lengan baju n seluar panjang
takut berbinikan nyamuk lak anak aku nnti..hehehe
comel kan..gigih tu tolong papa den ..cabut buah dari dahan..


cik suri ni memang ringan tulang..cian sampai merah2 muka..


papa den kalu bukak durian memang fail..
terpaksa abah aku yg bukakan..
apapun happy sgt..
aku tak makan sgt pun durian
tapi merasa lah makan durian di kebun keluarga sendiri

p/s: hopefully tahun2 akan datang..kamilah family pertama jejak kebun ni lagi
p/s: suka tgk papa den g kebun..excited sgt...

entri terbaik mamasuri