nuffnang

suri dalisa

suri dalisa
Memaparkan catatan dengan label cerita mama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita mama. Papar semua catatan

November 20, 2010

nasi lemak dekat dbkl kg baru

korang mesti tau kan..
apa feveret makanan aku??
hahaha..
ya.. betul..
nasi lemakkkkkkkkkk


meh nak bgtau..
nasi lemak yang korang nampak kat gambar atas ni..
agak famous jugak sebenarnya..
kalu korang tau dbkl kg baru....
simpang traffic light kt dbkl tu(yang kiri nak ke jln bukit bintang tu)
korang straight je..
kiri tu ada simpang ke akleh..lepas simpang tu..
gerai no 2...
depan gerai tu ada 3 buah bank
situlah port2 utk breakfast time keje ni..
orang bwk bmw ke merc ke saga cam aku ke..
sume bfast situ..parking bodo je tepi jalan..


kenapa aku suka nasi lemak..
kalau korang nak tau..
nenek aku aka mok aku...(aku panggil mok)
dulu beliau jual nasi lemak..
so bila cuti sekolah..
aku , adik aku n sepupu2 ku..
kitorang mesti balik umah mok..
bangun pukul 5 pagi..semata2 nak tgk mok bungkus nasi lemak..
lepas dah bungkus..
siap ikut mok g kedai mak aji antor nasi lemak...
dengan waktu tu yang still baru nak subuh..n gelap gelita..
kitorang seronok je
ditambah pulak cucu2 mok ni suka makan kuah nasi lemak mok tu..
hehehee

p/s: g ikut mok tu ada maknanya..nak beli roti dan kaya..kaya dia sedap home made..hijo lagi..sapa?aku lupalah nnti aku dah ingat aku bgtau yek..

November 19, 2010

cerita benar

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh

dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


November 11, 2010

yellow theme for birthday girl...

sangat-sangat sweet tau..
bagi aku lahh
bagi korang..i dun want to know..hehehe
ni antara picture-picture menarik masa birthday party tengku ratu haidar
sapa dia..??
gegirl comel Que haidar n cikgu LJ kte ni..
mak pak comel..of course lah anak confirm comel kan..
mcm suri..hehehe


bt kawan2 yg tengah cari idea nak celebrate simply party birthday...
comel pulak yellow theme ni..


mama yang sangat2 vouge..
comelkan kalau ada round table camtu..
tabur2 bunga2 ros kuning skit..
terus nampak different..


handsome papa with sweet doter


beautiful mama with beautiful girl..

Ogos 04, 2010

suatu masa dahulu



dunia aku masa dahulu...
aku rindu kamu sume...

p/s: tetiba tingat kat kawan2...korang..ni lah kenangan idup aku selamanya...
p/s: eh aku dulu penari kebudayaan yek...jgn pikir ke lain lak...

Ogos 02, 2010

kepala tengah sakit


badan adalah rasa penat amat sangat..
otak pun takleh nak berfikir waras
sepatutnya cuti je hari ni..
tapi disebabkan aku kena settle gaji budak sambilan ni..
so datang gak lah keje..
cian lak diorang kalu dapat gaji lambat.
gambar kat atas tu kat jeram toi, kuala klawang..
syok2...itu yang penat giler hari ni..

p/s: balik keje awal hari ni...nak kemas umah..bilik2 dah kemas...ruang tamu n dapur cam tongkang pecahhhhhhh

Jun 20, 2010

malam isnin


tepat kul 10.28 mlm, ahad (esok keje doh)

wei letih ni...alhamdulillah..selama 2 hari aku melawan demam dan tonsil aku ni..akhirnya sihat gak..cuma ada sedikit anak2 batuk comel yang dok iring aku je satu hari ni...sib baik kan..esok pun dah keje..leh lah continue keje cam biasa without mc / cuti kan...bagus emy...cayok2

skrang ni aku letih gak sebab baru je mengosok lima pasang baju kurung lengkap untuk lima hari bekerja...penat wei...kalu aku jenis kecik takpe gak...beso2 giler baju kurung/riau aku skrang...nak kata aku gemuk lah..hehehe...pastu ditambah baju kemeja papa sebanyak 3 helai je..(selamat aku) sebab papa leh tukar2 ngn kemeja t-shirt with jeans yang tentunya aku takyah gosok jeans kan..selamat dpt laki gni..penat2...telan air masak lengkap 500ml untuk keje mengosok ni..cayok2..hahahaha

esok keje dah..ermm...boring?mestilah boring..tapi rezeki kan...minggu ni nak settle hal unitar lah..kena bt defer semester lak..lupa lak aku...pastu khamis ni..yahooo..gaji...dah janji ngan mis dana n kak siti..nak g care4 nak jalan2 beli kain baju raya..apa yek tema baju raya kali ni???huhuhu..cam tak mo beli je..sebab thn ni raya rumah mentua..wuaaauuuu..tak best withoout my parents..sok sok sok...

klah...tgh tunggu papa layan star movie kejap pastu nakkk...hehehe...eh adelah..cik suri dah tido ni...hehehe

p/s: babai..nak layan facebook jap..



entri terbaik mamasuri