nuffnang

suri dalisa

suri dalisa

Februari 26, 2010

Pengertian Maulidur Rasul

korang baca ye..tambah2 ilmu2 di dada...

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu. Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah.

Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu. Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi ( s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran. Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Oleh kerana amalan bid'ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama' telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya). *HUKUM MAULID * Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama' berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama'-ulama' yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka.

Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar. *HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL*

Antara ulama' yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan. Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia". Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: "Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat." Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: "Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid'ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat." Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini. Beliau berkata(ringkasan): "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa'd Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran.

Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini. Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid'ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam. Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid'ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam."

*Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:*

1) Allah berfirman: "maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." - Al-Araf: 157 Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: "Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah."-Ibrahim. Ayat 5 Keterangan: Al-Baihaqi di dalam "Syakbu al-Iman" daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya "kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar."

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan." Maka Nabi berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu." – [Riwayat Bukhari dan Muslim.] Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi'raj dan lain-lain. - Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: "Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan." Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

*HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL*

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari: Baginda bersabda, "Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, 'hamba Allah dan pesuruh Nya."(Au Qoma Qol) Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan. Bertepatanlah dengan hadis di bawah: Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: "Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan." "…Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah , dan setiap bid'ah itu adalah sesat " . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]

2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian.. Hadis Imran bin Husain r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan. Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid'ah berleluasa.

3)Allah berfirman di dalam Al-Quran: Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32) Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw.

Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3) Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21) 4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw: Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya" Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

-sumber2 dicari dlm tenet je..-

Februari 25, 2010

another baju kurung riau bermanik - siap...


mehlah cuci mata ngan baju baru aku..
baju kurung riau aku yg bermanik...
cantik tau..kelas mak...


masuk ngan baju ni..kira 2 pasang lah aku tempah baju n manik utk bln feb..hehehe..
aku wat g keje ler..plus2 kenduri kendara..


so cantik..jahitan pun kemas...aku likeeeeeeeeeee


inilah shimmering floral..betul tak MIS DANA???


sgt berpuashati plus combination warna yg menarik ..


kelassssszzzzzzzz gitu..if korang nak bt tempahan manik jemput2 ke

artis cantik


wah..aku mmg minat giler kat dua org artis ni..
cantik sgt di mata aku ni...
ko tgk kawen pun ngan mat salleh
cuma kurang luck dlm perkahwinan...takpe uoolls cantik..senang cari..
apa2 lah..

mama ada problem kuilt muka...........wuuuuuuuaaaa


apa kejadah ni??


ngeri tak korang tgk benda2 mengerutu ni..dari mana agaknya..


dr pipi mama ler...mama ada problem kulit lak skrang..apa lah nasib..
picas tu lepas mama bt normal facial smlm...


abis blackhead kat idung n kat pipi kena robek2 smlm..
lega rasanya muka ni...
baru rasa bernafasssssssssssss...

Februari 24, 2010

feel nak preggy..leh ke/?


naper lah sejak dua menjak ni...
mama feel cam nak preggy je..
huhuhu..cakap kat papa..tp cam takleh lagi je nak preggy..

azam 2010 ialah abiskan pengajian yg tak abis2 lagi..
mama still ada satu subject iaitu business law (repeat tau) and practical training..
then mama leh lah graduate thn ni...
tgn dah gatal nak scroll degree ni...


itulah..disebabkan belajar tak abis..
preggy tu kena lah lupakan sekejap
mmg ler nak bt adik suri ni..tp kena hold dulu



korang tau suri skrang sudah gumuk tau..
sudah melepasi tahap yg diperlukan
last chek up ialah januari..suri dah 14.3kg..
berat nyer tp alhamdulillah walaupun berat skit..suri sehat walfiat..itu lagi penting...

Februari 23, 2010

today new tudung n new baju kurung with manik2


sajalah mama nak intepreme kan..hehehe
cuaca skrang yg amat panas kan..
bilik dah ler tak de aircond...huhuhu
kena cari aircond sebiji ni..leh kan papa???

ptg smlm blk2 keje terus kena migrain...
waaaaaaa...nak menangis rasa
sib baik dpt hubby yg baik..
dia lah ambik suri dr umah pengasuh..
settlekan suri mandi sume..
n masak nasi..hehee..i lap2 u

udah ler puji..nntikan termakan lak
meh layan picas gedik mama


mama with new tudung bought from ANGAH
nice sgt..aku bt pakai ke aku ye angah...


sejak dua menjak ni ..jari jemari mama malas nak menjahit manik...
so apa lagi mama telah tempah je bab2 jahit manik ni pada MIS DANA
korang nak tempah..g je kat blog dia tu...


n tak lupa..kain baju ni aku beli ngan MAMA AQILAH
aku ni biasalah pemalas nk bergerak..apa lagi beli online je ler
akak..cantik kain tu..tq2..dah siap pun ni...

p/s: aku suka promote2 diri  n org lain...hehehe

Februari 22, 2010

senangnye memasak puding gula hangus


hehehe...salam sume..
korang bt pe weekend hari tu??
aku satu family dok umah je..sen tarak..hehehe
saja nak layan korang..puding gula hangus aku ni...
aku masa blaja2 dulu...time anak dara...aku selalu bt...
sampaikan pak den dah komen2 naper aku tak pernah bt kat dia...

jd..utk menunjukkan keterroran aku..
aku bt ler weekend hari tu..
2 hari berturut2 aku bt ke pak den ngan anak dara pak den tu...
meh aku ajar skit kat korang..
simple sgt..sbb aku dah ringkaskan resipi nye..


mula2 tayang pic yg dah siap..itu tgn cik suri ye..tak menyempat2..hehehe
beso tu je puding tu if korang ikut resipi aku..
coz aku 3 beranak je wei..


korang guna 3 biji telur ni


umah aku stok telur mmg beli ltk omega plus ni...
baik utk aku ..baik utk suri..hehehe


utk susu lak ..aku pakai je susu pekat manis...
tapi...aku pakai jenama dairy champ ni..coz susu ni tak manis sgt..n rasa2 berlemak gitu
cubalah...sbb f&n ngan teapot tu manis yg amat sgt tau...plus harga pun mahal..


panaskan pengukus baru aku tu dulu..hehehe


campak je telur 3 biji tu..pastu susu jgn letak setin lak...aku letak 3/4 tin je...
itu pun dah manis..nak kurang manis letak 1/2 tin plus 1 sudu gula..
(telur ngan susu korang bancuhkan biarlah sampai sebati..takyah beriya2 sgt..hehehe)




panas kan gula dlm kuali camni..letak 3 sudu gula (jgn betul2 hangus lak)
dah nampak perang korang letak dlm bekas yg nak dikukus..
pastu curah je campuran telur ngan susu tadi...


kukuslah dlm 20minit pastu tutup api..n biarkan..
senangkan...besar ni je lah puding aku...hehehe
padan muka2 dua hari berturut2 aku bt...
n inilah rupanya...ini rupa hari sabtu nye



inilak rupa hari ahad..saja je letak dlm gelas tu..sbb dah jarang pakai..

p/s: komen laki aku..puding lemak dah ok cuma gula tu bt manis sgt...hehehe aku jahat letak 3 sudu gula (utk gula hangus tu)

teka teki telah terjawab

tahniah mama ucapkan pada Angah sebab berjaya menjawab..
Hadiah nnti mama bg..
disebabkan Angah ni dok dkt je ngan mama..(kejiranan..bkn di ofis tp kt2 umah)
nnti2 yek..hehehe

jawapan teka teki: serbuk teh...dibeli di kelantan kerana teruja mak mentua mama bt air teh ais pastulak warna dia cantik..heheheh...mama beli sekilo...

Februari 19, 2010

teka teki ....

sticky mode
scroll bwh utk new entry

meh korang..mama nak bg teka teki...
sapa yg berjaya teka..mama bagi hadiah...


usually org tak letak dlm plastik gni...
leh beli dalam timbang..


teka jgn tak teka yek

p/s: klu lagi...leh gak bt menyental badan ni...

tambahlagi  klu : ada jugak yg kte leh beli in  pack kat supermarket...
klu lagi : xde kena mengena ngan hal tanam cili mama yek, benda ni kalau sekilo dlm rm14...dlm plastik tu sekilo lah...

updated: dahmengalah ke nak teka pe ni???
hint baru lagi: leh rendam benda ni...kuarkan warna

siakap stim yg kurang menjadi...


sejak2 dah jd mama cik suri ni..
mmg ler rajin dok cari resipi ..
meh layan siakap stim aku yg tak menjadi ni...


korang ingat lagi tak..pengukus yg aku baru beli tu..
kecik molek je..murah je tau...
nak gak beli yg mahal tu..yg pakai plug tu...
seingat aku ..laki aku pernah hadiahkan steamer kat kwn ofis dia kawen..
pa..mama bl nak dpt steamer tu


inilah ikan siakap tu...
aku beli di care4 siap bersiang...
blk umah..aku cuma toreh2 n lumur kan ngan garam..
pastu aku hiris2 halia, bwg putih, bwg merah n limau
gitu ler rupanya lepas aku tabur atas siakap tu..


pastu..aku panaskan pengukus aku tu..
terus masukkan siakap
alamak ekor terkuar lah pulak
kejap je kukus...pastu aku tutup dapur gas aku tu..


gnilah rupanya dah masak...pinggan olskol coz takde yg khas utk pengukus ni lagi
ekor tu aku yg patahkan coz tak muat..hehehe

komen papa: siakap tak hanyir, cuma kuah rasa pahit sbb mama letak limau sekali dlm tu..manalah aku tau..aku ikut resipi org je kan...papa cakap leh cuba lagi..yg penting mama rasa kurang sedap sbb tak letak cili padi sekali..sbb cik suri pun nak makan gak kan...

p/s: go go chayuk..kena bt lagi..tunggu weekend..

novel eclipse



boringlak rasa...ermm..kalu kat umah leh gak aku dok atas sofa layan novel kan
mcm byk sgt buku novel aku..ahaks
aku baru saja abiskan novel eclipse ni..
gara2 terjatuh cinta ngan edward..aku sanggup baca novel ni...


ok..harga tak mahal yek..korang tgk ler sendiri..
tebal amat sgt..


tebal kan..aku ambik masa setengah bln nak abiskan...
itupun sib baik tak jd arwah ...cik suri suka tarik2 novel ni...
tp time aku baca..suri tak kaco..cuma time novel tu dok atas meja je...

tudung thai silk..


korang abaikan lah background ofis aku tu...tgk muka n tudung baru aku tu je..
just nice lah tudung ni kat muka aku kan..
but muka aku ni takde secalit make up lak pulak
ntahlah aku kemalasan tahap gaban nak make up skrang..xpe kan???
hehehe..

big ball suri...


balik kelantan hari tu..cik suri kte ni begitu demand bab2 mainan dia
ini salah satu yg dia dok nak..
big ball..
papa belikan..sanggup tu..hujan2 pun papa redah p beli...
apa lagi nak blk kl..menyemak dlm kete..


beso gajoh ball ni...cik suri with 'tok ma'


big ball yg skrang menyemok kat ruang tamu umah mama..

p/s: makin bersepah lah ruang tamu ngan barang2 mainan suri..

tingat masa preggy kan suri...


morning sume...
tetiba je rasa tingat saat2 aku mengandung ke cik suri ni
meh lah layan picas wajah2 aku dulu ni..


ceria sentiasa..pastu kuat sangat berjalan2 ngan papa suri
itu sebab suri kuat berjalan jugak kot..
masa ni preggy 4bln..baru lepas uwek2..


happyly..


ai suka this pic...papa looks mancho..but tarak mancho pun


in the ofis..ini dah masuk 8 blan rasanya...
rindu2..

Februari 18, 2010

lirik honey bee

honey bee

I am a honey bee
Shown out from the colony
And they won't let me in
So I left the hive
They took away all my stripes
And broke off both my wings
So I'll find another tree
And make the wind my friend
I'll just sing with the birds
They'll tell me secrets off the mark

But my other honey bee
Stuck where he doesn’t wanna be
Oh my darling honey bee
I'll come save you
Even if it means I'll have to face the queen

So I'll come prepared
My new friends say they would help me
Get my loved one back
They say it isn't right
The bees have control of your mind
But I choose not to believe that
So we'll meet in the darkness of the night
And I'll promise I will be there on time
We'll be guided by my new friends the butterflies
Bring us back to our own little hive

Oh my other honey bee
No longer stuck where he doesn’t wanna be
Oh my darling honey bee
I have saved you
And now that you're with me
We can make our own honey
 
p/s: zee avi yg nyanyi lagu ni..saja mama layan lagu ni...

geli2 mama rindu berambut panjang...




inilah dulu muka mama yg baru bergelar mama kepada cik suri dalisa..
masa preggy kan suri..mama niat nak simpan panjang sampailah suri lahir..
sampaikan masa beranak ..misi2 kat spital cakap..naper tak potong rambut..
nnti rimas time berpantang..
apapun mama suka sebenarnya berambut panjang..


oh rindukan rambut aku yg panjang ni...
skrng mama plan nak simpan panjang lagi rambut ni..
bersama2 ngan cik suri..leh ikat tocang ngan suri...
hehehe


itu cik suri..mama boring dok umah tu..snap pic...ini ngan hp lama..senang je...
cik suri yg tembam...abis bedak mama sapu kat muka dia..hahaha


3d visualizer or 3d visualiser or tukang bt 3d



hehehe..saja je sebut
actually cam pelik je mama tulis 3d visualizer tu..ntah betul ke tak ejaan tu
itu lah kerja papa suri...
papa ni jenis low profile..mama lak jenis high profile..hahaha..gile glamour..
gitu ke?
meh layan ...


bangunan baru kat stesen bas jln pahang tu
papa suruh snap..katanya moden ...
mama snap je..tak paham pe..


snap pic lagi...cantik design tu ..kata papa lah..


ermm..ini papa yg bt..tempat nye rahsia walaupun projek ni tak jd..
ini keje freelancer papa..
nnti mama tanyer papa..mana picture2 yg leh tayang yek..
suka tgk papa bt id..cantik je
naper lak umah mama, papa tak bt gitu yek..


pic kawen yg dioter blk oleh papa...
itupun papa malas bt..
kalu mama terror...mama bt sendiri je tau ...

p/s: kalu suruh mama..alamak meletup lah pc..fail lah bab2 gni...

hasil rembatan di pasar siti khadijah


mesti korang tpk2..apa le aku beli kat pasar siti khadijah tu kan
sebenarnya aku tarak duit nak beli pun...
tp time tarak2 duit pun..sembat lah rembat..
meh tgk..


mama ni ketandusan baju kurung batik utk dipakai hari khamis
so rembat lah kain pasang ala2 batik
tiga pasang ni - rm105
boleh lah


ini lak pengukus yg paling kecik mama beli
di hati tingin nak masak kat umah siakap stim n puding gula hangus
so ..beli lah pengukus paling kecik..
satu utk mama..satu lagi utk mis dana (dia pun nak gak)
rm16 satu
murah2


beli kuih muih utk pengasuh suri..
actually tak tau nak beli pe..nak beli buah kan..tak sempat lak sampai kl
so beli kuih.. je
ini sume abis rm50
itu je yg dirembat..lagipun nak blk kg..bkn nak blk soping kan

p/s: thanks papa kuarkan duit tuk beli ni sume..hehehe

entri terbaik mamasuri